Salah satu
amalan yang ditentang oleh sekelompok kecil orang yang sebenarnya masih sangat
awam dalam ilmu agama adalah masalah mengusap wajah setelah solat. Mereka
berpendapat bahwa ini adalah bid’ah kerana Nabi Muhammad SAW tidak pernah
melakukan. Maka dari itu, perkara ini perlulah dijawab secara ilmiah.
Seperti yang
telah banyak dibahas, adanya ditinggalkan Nabi Muhammad SAW bukan berarti
perkara tersebut adalah bid’ah yang sesat @ haram @ kalau melakukan maka akan
masuk neraka.
Maka dalam
hal ini, seorang ulama pembenteng Ahli Sunnah wal Jamaah di Indonesia telah
menjawab isu ini di dalam kitabnya berjudul al-Hujjaj al-Qath’iyyah fi Shihhah
al-Mu’taqadat wa al-Amaliyyah al-Nahdliyyah, Page 66:
Adanya
Rasulullah SAW itu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangannya setelah
setiap kali doa. Telah terdapat di dalam sebagian Hadis-Hadis seperti berikut:
عَنِ
السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم-
كَانَ إِذَا دَعَا فَرَفَعَ يَدَيْهِ مَسَحَ وَجْهَهُ بِيَدَيْه
diceritakan
dari al-Saib bin Yazid dari Bapaknya bahawa Nabi SAW adanya beliau ketika
berdoa mengangkat kedua belah tangannya lalu mengusap wajahnya dengan kedua
belah tangan. (Riwayat Sunan Abu Daud, no. 1275)
Begitu juga
disunnahkan bagi orang yang telah solat untuk mengusap wajahnya dengan kedua
belah tangannya, kerana sesungguhnya solat secara bahasa adalah doa, kerana
terkandung di dalamnya beberapa doa kepada Allah Yang Menjadikan Mahasuci-Nya
Ta’ala. Maka barangsiapa solat maka dia benar-benar telah berdoa kepada Allah
azza wajalla. Maka yang kukuh dengan ini, disunnahkan bagi orang tersebut untuk
mengusap wajahnya setelah setiap kali solat.
Berkata Imam
Nawawi di dalam Kitab al-Azkar:
وروينا في
كتاب ابن السني ، عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم
إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ، ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله الرحمن
الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم والحزن
Dan aku meriwayatkan
di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas RA. berkata: Adanya Rasulullah SAW ketika
selesai solatnya, beliau mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu
berdoa: “Aku bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan kecuali Dia Zat Yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang, YA Allah, hilangkanlah dariku kesusahan dan
kesedihan” (al-Azkar, 69).
Maka jadilah
perkara tersebut sebagai dalil bahwa sesungguhnya mengusap wajah itu
disyariatkan di dalam agama, dengan pengetahuan bahwasanya Nabi SAW juga
mengamalkannya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
NAMA :
TEMPAT TINGGAL :
KOMENTAR :